Wednesday, July 27, 2011

OhSoRandom: Pain in The Ass Siri IV (Finale)

Hampir terlupa pulak nak update pasal sinetron kegemaran ramai ini, Pain in The Ass. Terima kasih kepada Puan Jannah kerana ingatkan. 2 minggu selepas surat komplen dihantar, CB menerima surat jawapan dari IDEALIS, syarikat perumahan a.k.a pihak kena tuduh kedua. Sepertimana yang CB sedia jangka, keputusan mereka adalah negatif dan menolak segala permohonan CB iaitu maaf secara bertulis dari Hommerson dan revision harga denda.


Bila dapat je surat tu, CB terus emo dan mendelete email tersebut. Jadi tak ada pulak soft copy untuk ditepek kat sini. Walau apapun, CB ingat ayat dia lebih kurang macam ni lah:

“walaupun kunci tersebut kelihatan lama, tidak bermakna ianya tidak ditukar. Buat makluman encik, kunci tersebut memang telah ditukar sehari sebelumnya. Merujuk pula kepada permohonan maaf bertulis, pihak kami merasakan ketidakferluannya kerana itu adalah apa yang Mr. Hommerson rasa terhadap encik ketika itu. Kami akan menghantar invois kepada alamat encik dan mohon jelaskannnya seberapa segera”.

Well, apa yang kita harapkan? Ini bukan negara kita. Takkan lah dia nak suruh pekerja dia, rakyat dia memohon maaf dan mengaku salah terhadap orang asing. Bukankah itu memalukan namanya. Tetapi di lubuk hati CB, memang berlaku ketidakadilan disini. Namun apa yang kita boleh buat? Tak ada apa-apa. Pasrah je lah. CB dah buat apa yang termampu. Dan dia pun dah bagi balasan terhadap aduan CB ittew. That is fine enough for me.

Jadi... insiden ini mencalit satu lagi rona di atas kanvas hidup CB yang memang sudah pelbagai warnanya. Hidup perlu diteruskan, kanvas itu masih lagi luas (insyaALLAH) untuk calitan, contengan, lukisan yang seterusnya dan menjadikan ianya lebih berwarna-warni dan meriah. Sebab tu lah, selalu kita dengar atau baca di mana-mana “warna warni kehidupan”. Sama jugak dalam berpakaian, takkan kita nak pakai kemeja t warna merah Mak Ngah, seluar hijau daun pisang, kasut biru neon. Kita perlu jugak kembali kepada asas, warna tanah seperti kelabu, hitam, coklat, putih. Warna-warna yang simboliknya kita perlu juga melihat ke bawah setelah sekian lama mendongak ke langit biru, pelangi petang, bintang berkerlipan dan segalanya. *merapu meraban cuba merasionalkan diri sendiri.

Honestly, memang CB kecewa. Tapi, hidup mesti terus. This is nothing.

Salam sayang.

CB si Benang Basah yang merancang plot me-lima-puluh-sen-kan kereta si Hommerson.

No comments: