Wednesday, September 12, 2012

OhSoRandom: Paranoid Menggila

Salam u ols,

Kenal lagi ke pemilik blog ni? Hahaha... Lama gila tak update. Bukan apa (sambil belek Buku Alasan Jilid 4 nak pilih alasan apa) dua tiga menjak ni kehidupan CB agak kelam kabut sikit. Bagi yang kenal CB dia tau la. Cuma hari ni baru lega sikit dan ada mood nak menulis. Idea tu dah ada banyak dah CB simpan kat apps Notes iPad (tetap beraksi riak nak beritahu dia ada iPad. Ptuuii!).

Selain daripada iPad, CB juga ada telefon pintar iPhone. Sangat tak perlu pernyataan itu. Sangat kebudak-budakan. Ptuuii! Lantak ar. Esok 12hb waktu Amerika, iPhone 5 dijangka keluar. Walawehh... tak sabar nak tengok meletops ke idok. Kalau meletops, boleh la CB sambar sebijik dua. Kalau tak meletops, pakai je lah iPhone 3G yang dah 4 tahun ni.

Bercakap pasal telefon pintar ni kan, semua mesti ada pasang aplikasi whatsapp kan. Alah, CB tahu korang semua kedekut nak jimat duit kan. Kalau guna SMS kena caj mahal kan so kalu guna whatsapp jimat lah sikit. Boleh mesej banyak-banyak macam chatting kat YM. Pastu bila hantar guna mesej biasa, kau pun lupa dunia, balas banyak-banyak macam chatting kat YM jugak. Sepatah-sepatah. Kaann... Macam CB tak tahu, sebab CB pun sama. Lepas dah hantar baru tau. "Eh ni mesej biasa, kenapa hantar smpai 5 kali. Habisss kredit aku".

Satu lagi pasal whatsapp ni kan kat atas tu dia ada tulis "last online today at XX:XX" "online", "typing..." kan. CB nak tanya lah kan, perlu ke benda tu ada? Contoh situasi:

Situasi 1: "Last online: today at XX:XX"

Slik klik untuk paparan yang lebih memberangsangkan. (sumber: google sajerr)

Geli jugak ehh pasangan bercinta ni. Gedik sangat. Sweet lah apa lah. Wekk wekk.. *tetiber emosional

Mesej hantar pukul 00:01
Pastu si dia last online pun 00:01, maknanya dia dah baca la mesej kita hantar tu.
Tapi pukul 00:03 pun dia tak balas lagi.

CB: Kenapa lambat balas ni? Tengah date ngan jantan lain la tu! Tak guna!

atau

CB: Dah bosan ke dengan aku ni? Tak guna!

Situasi 2: "Last online: today at XX:XX"

Bangun pagi je terus cek telefon.

CB: Semalam wish selamat malam pukul 12.30. Kenapa dia last online pukul 3:00. Mesti selepas chat dengan aku, dia chat pulak dengan jantan lain. Tak gunaaaaa!

Situasi 3: "Online" tapi tak balas mesej

CB: Dia ni mesti tengah galak chat dengan orang lain ni. Tak guna!

Situasi 4: "Typing..." kemudian "online" tanpa ada mesej masuk.

CB: Mesti dia dah taip sesuatu tapi tak berani nak cakap then dia delete semua.  Entah-entah dia nak mintak putus tapi dia takut takk... Tak guna!

Jadi CB cadangkan kat Whatsapp (macamlah dia baca kan) tulis saje "available" atau "not available" bagi mengelakkan orang kuat cemburu dan paranoid macam CB ni sengsara dan menderita akibat perbuatan sendiri. *sejak bilakah CB kuat cemburu?

CB larikkk dulu naaa..
Cik Benang

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

CB..apesal ko saiko sgt..hahhahahhahahahha~gelak besar aku..ngot la ko nih...

Cik Benang said...

Psiko ke u olssss... Jangan ckp u ols x mcm tuhh. Ludah nanti. hahaha..