Wednesday, October 10, 2012

OhSoRandom: Kau Kunci Tiket Sunway Lagoon Mu!


Alkisahnya masa tu CB bekerja di KL. Muda-muda lagi gitu. Baru lepas grad kaann... So masih bergetah, getik, montok semua pakej lengkap la kan... *apa motif muqaddimah ni pun aku tatau laahhh...

U ols semua kan tahu CB ni asalnya gadis kampong sahaja sebelum mentransformkan diri menjadi wanita bekerjaya, berhemah tinggi, semangat patriotic serta sofistikated sepertimana sekarang. Jadi masa tu tak pernahlah pergi Sunway Lagoon... *walhal sampai sekarang pun tak pernah sampai. Setiap kali ajak Rania je, mesti ala-ala tak nak pergi. Motip apa pun tatau la.

SO nak dijadikan cerita, tiba-tibe je ada seorang kawan (panggil dia Nora Danish) bni nak belanja kami ke Sunway Lagoon. Waahh... dah la tiket SL mahal kan.. Kami pun manalah mampu, kemudiannya ada pulak orang nak belanja. Seronok la kaann... CB dan Rania pun setuju la. CB jer yang beria-ia nak pergi, Rania macam sedeehhhh... Aku rasa dia pernah dirogol macam binatang ke apa kat SL masa kecik-kecik? Tapi CB tak kisah u ols, tarik je dia sekali pergi.

Si Nora ni siap datang rumah Rania ni hantar baju bagai. Warna merah. Cantek sebab fit-fit gitu. CB suke baju fit-fit ni. Terasa seksi bila memakainya. *walaupon badan kau tu seksa kaann...

Tatapi itu lah u ols, tuhan adalah sebaik-baik perancang kaann... Tetiba hari sabtu yang sepatutnya kami pergi SL tu, Kajol berjaya ajak CB dan Rania ke walk in interview kat KLCC. Demi masa depan katanya. Masa ni CB pulak yang ala-ala malas nak pergi, tapi Rania very the excited nak pergi interview. Skema sangat ko kan? Boringggg....

So selepas pelbagai alasan direka, Rania pun hantarlah mesej kat Nora Danish cakap kensel. Memang last-last minit la kann... So kami pun ikutlah haluan masing-masing. Nora g SL, CB dan Rania g interview.

Dua tiga hari lepas tu si Nora mesej Rania marah-marah sebab batalkan last minit dan kena bayar ganti rugi! Haiyooo.... CB cakap kat Rania tak apa lah kaann... memang salah kita pun sebab batalkan last minit.

Kaedahnya dia ni tak reti bahasa u ols. Orang cakap petang sikit, petang sikit la. Ni tak nak! Nak urgent katanya! Lepas tu pakai pulak bank-bank yang biaseeee sedehhhh jer. Bank Komuniti anda: BSN! CB pun tak tahu la apa relevannya BSN ni. Setakat agen jualan pin UPU je kott.... *larikkkk
Lagipun bukannya ada CDM berlambak yang BSN punya. Err... BSN ada ke CDM? Kau tau ke CDM tu hapa? Dia ingat CDM tu ada tergantung kat pinggang CB nil eh cucuk bila-bila masa aku nak cucuk? Vhoy la perempuan macam ni.

CB pun gigih la cari CDM kan nak bank in kat dia yang memerlukan duit bayaran ganti rugi serta merta tu. Dah la masa tu mod transport CB adalah MyKi sahaja yer. Yakni My Kaki! Kau tak kesian ke kat CB yang berwajah kampong berjalan-jalan sedehh mencari CDM BSN? Atau kaunter BSN.

Last-last kami dapat tahu bahawa perempuan si Nora tu ajak kami ke Sunway Lagoon sebab ada event MLM! Dia tu ala-ala agent la kan dan kami berdua hekor ni org bawah dia la kaedahnya. Memang lahanat la kan,.. Patut la kau yang tak pernah nak berapa rapat tetiba nak belanja sunway lagoon siap bagi baju free! *dan CB akui, kami berdua (termasuk Rania) memang bengap la sebab tak dapat tangkap kann...

CB tak kisah la kau nak berMLM ke apa. Tapi perlu lah kau nak memnpergunakan gadis sunti dari kampong ni dan kemudia kami siap kena bayar ganti rugi. Entah betul ke tidak kau bayar tiket SL tu guna duit ko. Entah-entah syarikat MLM tu yang bayarkan. Kejis.

Tapi sekarang dia dah kawen suami dan anak da. So CB halalkan dan maafkan sajer kesilapan yang lalu. Tapi sebab CB dah lama tak update blog dan nak cari bahan, CB bahankan lah dia. Larikkkkkkkkkk!

No comments: