Wednesday, October 10, 2012

Special: Surat Terbuka Untuk Papa II

Assalamualaikum Papa,

Dah lama Boboy tak mengutus surat untuk Papa. Warkah terakhir pun tahun 2010. Tu pun bukan sebab apa, tapi nak carut teknik pemanduan Papa yang berbahaya hatta boleh membuatkan penumpang tersedu pengsan. Kalau Papa nak babuat ulangkaji, sila klik di siniiiiii.... (sengaja tulis siniiiii panjang-panjang sebab CB tahu, pembaca CB ada yang parkinson. Kalau kecik sangat tak leh nak klik.) *sempat lagi kan carut!

Papa,

Sekarang ni dah hampir dua tahun Boboy ada kereta sendiri dan lesen memandu yang sah. Walaupun P sahaja. (Dan hampir 13 tahun memandu tanpa lesen) Huhuhu... Tapi dari hari kehari, setiap kali memandu CB akan teringatkan Papa. Bukan sebab Boboy tampal gambar berukuran pasport papa kat dashboard, tapi teknik pemanduan CB makin menyerupai Papa!!!

Ohhh... mungkin inilah yang dikatakan bapak borek anak rintik. Jap jap. Tahukan Papa apa maksud borek dan rintik? Tadi Boboy cek khas untuk papa, borek tu bintik-bintik putih pada ayam jantan, kalau rintik pulak, bintik-bintik putih kecil pada ayam. Jadi kalau bapa ayam itu berborek, maka anaknya akan merintik. Gittewwww... Adakah papa faham?

Papa,

Sepertimana Papa yang selalu emosi bila ada pemandu yang memotong sebelah kiri, Boboy juga merasakan rengsanya. Sebagaimana papa sentips bila ada pemandu yang bawak kereta perlahan macam tengah kena isap konek, kini Boboy juga merasakan kesentipannya.

Kini baru Boboy sedar dan faham, memandu adalah satu nikmat. Lagi-lagi kalau boleh bawak laju dan potong 6-7 biji kereta sekali gus. Mata bonus kalau termasuk lori balak 24 tayar. Oh lala... rasanya sungguh memuaskan.

Soalan buat papa:

Tapi pernahkah Papa berlumba dengan kereta Pegawai Penyiasat PDRM?
Boboy pernah! OK, 1-0!

Pernahkan Papa overshoot masa amik selekoh lalu tersadai di kawasan berumput?
Boboy pernah! 2-0!

Pernahkan Papa troll pemandu slow dengan memotong mereka dan memandu slow pula di hadapan mereka sambil gelak setan?
Boboy pernah! 3-0!

Pernahkan Papa langgar bumper kereta Pesona sambil merasakan nikmatnya seperti bermain bumber car di Funfair?
Boboy Pernah! 4-0!

Pernahkan Papa gilis tangan budak sampai hancur?
OK, boboy tak pernah dan Papa pernah.

Fine, Papa menang!

Bye Papa.
Love you muah-muah.

1 comment:

Cinta Madu said...

Hahaha berguing guling baca surat ni!