Monday, January 28, 2013

AdaStyleLah: Espadrilles Merah!

Salam u ols...

CB rasa kan ini adalah entri ketiga untuk segmen AdaStyleLah. Yang dulu pasal tali pinggang dan boat shoes, lepas tu beberapa kali cuba nak buat lagi tapi dah tak mampu. Seriously, CB tak tipu taw... Kalau tipu, sila sebat dengan menggunakan tali pinggang kulit. Whoaa... sangat bondage. I like. Oppss..

Sarungkanlah CB dengan korset BDSM inniew... 

CB betul-betul telah mencoba.  Masa tu berlakunya satu peristiwa penting dalam hidup CB. Bukan.... bukan menimang cahaya mata ya. Tapi sesuatu yang menjadi "titik perubahan" (tuuu diahhh ayat bombastik... rujuk Kamus Dewan Bahasa katanya) dalam hidup CB. Nanti kalau ada masa lapang (walaupun dah berlambak sekarang ni) dan kerajinan (yang tak berapa nak melambak), CB update pasal perihal tersebut enchew okay.

OK, espadrilles. CB start pakai benda alah ni sejak tahun 2008 lagi. (tuuu diahh... Nak cakap dia advance lah tuuu), tapi benda ni mula popular sejak pertengahan tahun lepas di Malaysia (apa lambat benor "knowledge transfer" ni?). Apa kebendanya espardilles ni sebenarnya? Sila tengok gambar di bawah ini u olsss. Kasut jenis ni dah berabad-abad lamanya wujud u ols.. cuma kebelakangan ni je muncul kembali. Mungkin orang dah bosan dengan busana mewah dan kaku macam coach, versace dan sebagainya. *matiklahh carut high fashion as kaku.

Sebelah jiwa espardilles dari Lacoste.

Kenal? Mesti kenal punya. Cuma CB tatau apakah nama benda alah ni di Malaysia. Espardilles CB adalah sama seperti gambar di atas (tetap nak tunjuk ada logo buaya kaann). Masa mula-mula beli tu, CB tak tahu macam mana nak pakai, sebab warna dia merah u ols... Lepas bereksperimentasi akhirnya, boleh lah pakai dengan penuh keyakinan, keanggunan, bistari dan unggul tanpa mempamerkan ke"desa"an. Sekarang ni yang paling popular jenama TOMS tu ha. Dari Argentina katanya. Tatau lah Argentina kat sebelah rumah Thalia Rosalinda atau Thalia Guangdong, China. Mat rempit yang kendu dan manis ramai pakai ni sekarang. *tetap. Fashionista-fashionista UiTM yang baru nak naik pun sama lah. Adik-adik study tak ada duit u ols, pakai PTPTN, jenama TOMS je lah mampooo... Murah. Banyak kat downtown. Tak macam CB, sekurangnya lacoste ye. Sebutan "lah-kost" bukan "lah-kos-te". (te in TErajang atau te in TEmbak"). *sambil gunting kad kredit sebab over limit dah

Jadi apa tips untuk memakai espardilles merah, atau apa jua kasut berwarna merah atau yang terang yang boleh masuk kategori Warna Mak Ngah yang CB pun tatau siapakah Mak Ngah yang sentiasa disebut kalau warnanya adalah yang termasuk dalam kategori yang "shocking". Fuhhh... Sila baca dalam satu nafas.

Perkara pertama yang perlu dilihat adalah seluar. Untuk pemakaian kasut warna mengezut ni, yang paling sesuai adalah warna gelap dan solid. Terutamanya hitam. Tapi warna kelabu, putih, coklat pun boleh masuk jer. Cuma dalam pemilihan artikel pakaian, samada baju atau seluar, kalau boleh janganlah banyak sangat warna lain. I generally will wear kasut merah dengan seluar hitam. Safe.

Red TOMS dengan chinos putih, baju pink.

Red thick soles with khakis chinos. CB tak berapa berkenan yang ni.

Lagi pulak, boleh juga dipadankan dengan denim. Cantik! *mengelip2kan kelopak mata penuh comel. Peraturan dia kalau nak pakai warna shocking ni kan, mudah je. Pastikan hanya satu, SATU sahaja elemen shocking dalam pakaian anda. Tak kisah lah kasut ke, stocking ke, seluar ke, baju ke. Sebab kalau banyak sangat elemen shocking, nanti orang ingat u ols tersesat dari alam Tron atau Willy Wonka u olsss... Tak pun, diorang tersalah anggap u ols dengan Nikki Minaj. Dinch!

Tadi pergi rumah bigfoot, nak cepat, tertukar kasut pulak....

Punya panjang CB mengomel, last-last isi dia perenggan paling last je. Tu lahh korang, kan dah membazir masa. Tak baik taw, makan gaji buta. OK lah, nak sambung buat proposal FRGS ni. Banyak pulak komen pemeriksa ni. Tak cukup saintifik katanya! Aku buat tajuk "Peranan adi busana (adi busana katanya!) dalam industri pertanian Malaysia" baru saintifik kot.

Shashay away,
CB si Benang Basah yang sakit leher tidur atas bantal setebal kulit bawang.

No comments: